PropellerAds

19 May 2018

Sedih, Keluarga Ini Dulunya Hidup Susah Tapi Kini Mampu Tinggal Di Mekah




Terus-terang kami katakan, kami memang tersentuh hati apabila membaca status update wanita bernama Nurbaiti Hannafiah ini.

Betapa tabah dan sabarnya mereka menempuhi hidup yang sukar suatu masa dulu sehingga kini mampu berhijrah ke Mekah.

Tidak pernah mengeluh langsung kepayahan hidup kepada keluarga masing-masing. Moga cerita ini memberi manfaat kepada semua.

12 tahun lalu, beberapa hari selepas kenduri, kami masuk ke mahligai pertama kami sebuah flat 3 bilik kecil (sewa RM350/bln dari kawan suami) di Apartmen Lestari Damansara Damai. Di situlah kami mula belajar berdikari dan ‘memenjarakan diri sendiri’ agar tak mudah lari tinggalkan masalah yang mendatang..

Suami diberhentikan kerja..
Pada hari pertama kami bermalam di situ jugalah suami mendapat ‘surat cinta’ dari company tempatnya bekerja. Ketika itu gaji bersih terakhir suami tak lebih RM1300++. Surat rasmi itu bertajuk ‘3 bulan notis diberhentikan kerja..’
Sudahlah baru kenduri di 2 tempat, dgn saya yang tidak bekerja dan simpanan yang ada sedikit itu pun ‘disimpan’ dalam credit card.. Di bulan2 pertama kami, baju dibasuh dan diperah tangan.

Makanan dibeli berdikit dikit untuk dimakan harian sbb tiada peti ais. Karpet kuning kecil dari belanja hantaran saya satu satunya penyeri ruang tamu kami yg kosong. Di ‘master bedroom’ juga ada tilam (yg seharusnya jadi ‘perabot yg paling diutamakan’), tapi hanyalah tilam getah yg sudah buruk. Semua terjadi kerana kami perlu berjimat cermat utk survive.

Tahun kedua yang lebih menyedihkan..
Tahun kedua, 2005, telah lahirnya cinta hati kami pertama. Masih kami berjuang waktu itu utk kehidupan yg lebih stabil. Pernah 1 ketika hanya ada bajet RM3/hari utk dibeli makanan bg mengisi perut 3 org utk selama beberapa hari. So dptlah beli seketul ayam dari Restoran mamak. Ayam itu dipotong kecil utk makan bertiga sbyk 2 kali/hari.

Alhamdulillah cukup rezeki dariNya. Ramai lagi org lebih susah dari kami. Suami pernah juga menangis di dlm hati kerana tidak mampu membeli baju raya yg elok utk anak sulungnya ketika itu. Semua kesusahan ini kami rahsiakan dari family.

Kekadang terluka..
Adakah rumahtangga kami tenang sntiasa waktu itu, tiada drama air mata? Adakah terbayang suami isteri yg berlemah lembut dan berbalas senyuman menyembunyikan duka? Jika ada pd anda, itu bonus! Bersyukurlah!

Tapi kami yg masing2 berkarektor ‘keras’ ini sedar kami mesti lalui ujian sementara ini by hook or by crook. Walau kkdg terluka dan melukai jgn biar emosi berterusan kuasai diri. Usah menyimbah minyak lagi di api marak.. menangis n mengadulah pada Ilahi. Malam akan berganti siang.. Yakinilah Allah swt akan luaskan rezeki org yg berumahtangga keranaNya.

Mahligai kami berpindah ke Mekah Almukarramah
MasyaAllah Tabarakallah hari ini mahligai kami berpindah ke Mekah AlMukarramah. Tapi sebenarnya tidak ada yg lebih indah melainkan apa yg ada di syurgaNya kelak. Justeru, bertahanlah wahai teman2ku dgn ujian dunia terutamanya suka duka dlm rumahtangga. Allah beri ‘pintu bersama kuncinya…’
Wahai isteri….
Wahai isteri… sedarlah.. tangan yg menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia…dan sentiasalah sokong, percaya, bantu serta sabar dgn suami.. krna kitalah org yg paling dekat n kenal dgnnya.


Semoga bermanfaat untuk kita semua...

No comments: